My hajj experience..

Wednesday, October 29, 2008

Beli Jubah - 26/11/2006

Lepas sembahyang subuh di Masjid, aku dan mak pegi ke sebuah kedai.. dekat saja dgn pagar masjid. Aku berkenan dgn satu jubah tu, terus cuba menawar harga dgn Pak Arab tokey kedai tu. Aku agak, dia sangkakan aku ni still single. Rasa cam gatai jer..hahahahah... Dapat la extra kurang lagi dlm 5 riyal.

Bila cuba di hotel, jubah tu tersgtlah besar ngan aku, so aku plan nk tukar size. Tapi mak suruh aku ajak abang sebab dia nampak risau dengan gelagat Pak Arab tu kenyit mata kat aku..

Tekaan aku betul, bila dia nampak jer husband ku. terus dia tanya "Your husband ?"...Aku mengangguk, dia mintak balik 5 riyal tu..heheheh..

Hari ni, aku pergi lagi ke Raudhah.. suasana semakin sesak, jemaah dah semakin ramai tiba di Madinah !

Lepas solat zohor, aku, mak n mak midah berjalan sama balik kehotel.. Syarifah, husband and anom agak kedepan sket.. tetiba, mak midah dikerumuni perempuan2 (aku agak dr india or bangladesh)... terus aku teringat pengalaman mak .. kawan dia kene curi dompet dengan cara camni.. aku pon dengan tk berlengah terus menjerit nama syarifah n anom.. kejap jer pompuan tu sumer cabut lari.

Ziarah luar - 25/11/2006

Selepas saja solat subuh, dalam pukul 7am... kami pun bersedia utk menaiki bas. Ziarah Luar means menziarahi tempat bersejarah di sekitar Madinah. Before that, we were reminded to ready with wudu' from hotel.. & terus ke Masjid Quba & solat di masjid tersebut. Selepas solat, aku pun keluar dan pegi ke tempat yg berkumpul. Aku dihampiri gadis Afghan.. menjual tasbih. MasyaAllah, cantiknya mata dia ! Sebelum naik bas, sempat juga ayah mertua aku membeli kurma segar.. sejuk n manis !

Seterusnya, kami dibawa ke Masjid Qiblatain & Jabal Uhud.. dan juga Tamar Factory.

Raudhah - 24/11/2006

After Subuh, kami berlima, ready to go to Raudhah. We were divided by groups - Turkey & Arabs, Africans & South East Asia.. ini mungkin utk memudahkan petugas masjid .. lagipun masa ke Raudhah tuk jemaah wanita agak terhad..

Alhamdulillah, walaupun susah, dapat juga aku n mak masuk.. It was miracle, dengan izin Allah, I was able to perform my Solah di Raudhah..selapangnya. Airmata mengalir, terasa benar kebesaran Allah.

Dengan masa yg terlalu singkat, lepas saja solat, aku terus disuruh keluar utk memberi peluang kepada jemaah lain pulak. So, aku yg belum ada pengalaman, terus kelam kabut keluar & terlupa nak amik uncang selipar di luar Raudhah.

Pada mulanya, aku n mak menunggu yg lain (Sharifah, Anom & Makcik Midah).. tapi lepas agak lama, kami pun terus menapak keluar gie kedai nak beli selipar baru. Pak Arab kedai tu siap gelakkan kitorang yg berkaki ayam ni..heheh..Sampai bilik hotel, rupanya Anom dah tolong amikkan selipar kami tu.. TQ Anom !

Masjid Nabawi.. bermimpikah aku ?

Lepas solat subuh, barulah dapat berkenalan dengan roommates.. selain aku dan mak, ada Makcik Midah, anaknya Anom & menantu - Dr Sharifah.

Bila dah selesai berkemas, barulah kami sefamili keluar dari hotel.. terus ke Masjid Nabawi.. cantiknya.. macam mimpi !!!!!

Bumi Madinah pun terlalu indah bagi aku.. bersih, udara pun rasa nyaman jer.. berkat doa Rasulullah saw ku kira.. Terlalu beruntungnya aku dapat menjejakkan kaki di bumi Madinah !

Madinah .. aku datang !

Suasana dalam flight..ok. walaupun tk dapat dok sama ngan Abang..

Sampai di Madinah, hampir waktu subuh.. sebelum mendarat.. perasaan yg tk dapat digambarkan bila dpt tengok cahaya lampu nun dibawah sana.. Tak sangka, akhirnya sampai jugak aku di bumi Madinah..

Seterusnya, kami terus beratur utk urusan imigresen.. selepas selesai, aku pun terus duduk di kerusi, menunggu yang lain. .tiba2 seorang pakcik agak kelam kabut.. bila ditanya, dia kehilangan isteri ! Aku pun menawarkan diri tuk mencari, tengok dalam toilet.. tapi tak ada. Aku berharap tuk terus mencari, tapi Abang, Mak & Ayah pun dah siap urusan imigresen, terus panggil aku beratur utk naik bas.

Dapat saja naik bas, aku cuba contact family di Malaysia.. mak cukup happy bila tau aku sumer selamat sampai..
Dalam bas pun, aku rasa risau semacam, bila sorang pakcik tu,, dok merungut.. 'Arab bodoh'.. bila mengingatkan citer yg aku baca & dengar about jemaah haji... buat aku seram ajer..hehe.. Anyway, nothing happened.. alhamdulillah..

Finally, we reached Hotel Al Haram... which is so near to Masjid Nabawi... tapi, aku tk terus ke Masjid, sembahyang subuh di hotel saja.. tambahan pulak, Tabung Haji dah advise to ensure sumer luggage dh dapat, sebelum pergi kemana2.. lagipun, ini kali pertama kami kesini.. belum ada pengalaman lagi.. kena sabar !

Hari yang ditunggu..22nd Nov 2006.

Akhirnya, saat yg amat dinanti pun tiba... aku akan bertolak ke Tanah Suci !.. Bersama aku n Abang, ayah & mak mertua dari Batu Pahat.

Aku suami isteri, bertolak dari rumah mak di Bentong, mertua pulak dari Batu Pahat. Lepas solat Zohor, kami pun berangkat ke Kelana Jaya. Semua adik2 - Miza, Ida & Yusri, kecuali Man ikut sama, Ayah Ngah & Mak Ngah menyertai kami di Kelana Jaya.

Awal juga kami sampai di Kompleks Haji Kelana Jaya.. so keadaan agak tenang.. kami pun ada bawak bekal makanan.. Layan anak2, gurau2 ngan dia orang.. Sempat jugak aku tukar dari RM ke riyal...

Later, after Maghrib, kami pun terus ready untuk daftar... Perasaan masa tu, bercampur baur.. sedih nk berpisah ngan anak.. macam2 lagilah..

Lepas mendaftar, terus masuk bilik menunggu.. ada taklimat dari Tabung Haji utk sumer Jemaah Haji KT2 (penerbangan kedua). Then, terus dibawa ke KLIA dengan bas... siap ada polis trafik lagi.. sampailah ke KLIA>
dan berangkat ke Madinah dgn Saudi Air..

Bermulalah - My journey of a lifetime.

Persiapan

Menunaikan Haji.. bukanlah satu perkara yg mudah. Kita harus menyiapkan diri ..physically & mentally.
Macam aku, sehingga saat2 akhir sebelum berangkat, still susah nk percaya..betul ke aku ni.. nak buat haji ? Layakkah aku ? Macam2 terbayang dalam fikiran..

Camna pun, aku berterimakasih dan terhutang budi dengan mak & ayah. Mereka memberikan aku semangat, tunjuk ajar & the most important is..menjaga anak2 - Iqmal & Irfan, sepanjang pemergian aku ke Tanah Suci.. Terima Kasih. .mak & ayah !

Kursus Haji..

Seperti semua bakal jemaah haji yg lain, aku & abang menghadiri kursus haji.. bukan sekali, tapi 3 kali kami pegi kursus haji yg dikendalikan Tabung Haji.

Tapi aku akui, kursus yg pertama, aku tk mengambil perhatian serius.. kalau diingatkan balik,, betapa ruginya aku. Apa lah salahnya belajar betul2..

Alhamdulillah, untuk kali ketiga.. aku begitu bersemangat.. dari awal hinggalah Kursus Haji Perdana di Putrajaya..

Panggilan Haji...

HAJI..

Tidak pernah terfikir.. aku akan dapat menunaikan fardu haji dalam usia yg agak muda (muda ke..hehe)..well, I mean, before the age of 40. Namun, aku bersyukur kerana Allah memberikan aku rezeki yg tak terhingga ini, peluang yg begitu berharga, yang sesungguhnya memberikan pengalaman yg tak ternilai sepanjang hidup.

Aku seharusnya berterimakasih kpd my beloved husband, Arif. Dia lah yg bersungguh, menanam impian utk kami menunaikan haji bersama.. (even b4 we get married!)... TERIMAKASIH ABANG !