Memory of my Lifetime Journey

My hajj experience..

Wednesday, April 29, 2009

20/12/2006

Today is our Nikah anniversary..

Before solat subuh, dalam kul 3am, kami ke Haram utk mengerjakan tawaf sunat. Orang ramai.. bila dah selesai nak keluar dari kawasan tawaf pun mengambil masa, sebab jemaah dah ready utk solat subuh.

Waktu zohor pulak, aku solat di level 1 dekat ngan escalator sebab orang tersangatlah ramai.
Asar lak, kat tingkat atas sekali.. I met a new friend, Kak Ani a school ustazah dari Melaka..(I had tried to contact her balik dari Haji .. tapi tk dpt)... Then together we went downstairs (GF) for maghrib and Isyak.

Dinner, aku makan ngan mak n abang. Pas tu, aku ngan abang went out for tea. Amik baju kat kedai dobi. ...........
balik... basuh kain dulu..pastu ..tulis catatan ni lah..heheh..pastu tido.....zzzzz

Friday, March 27, 2009

19/12/2006

Aku sampai awal di masjid utk solat subuh.. aku terus ke basement.. sebab di ground flr tu org dah ramai sgt.. ketika solat subuh nak bermula, kelihatan seorang petugas masjid membetulkan saf.. Orangnya nampak warak sangat n bersih air mukanya. Kekadang aku tak faham dengan sikap segelintir jemaah, bercampur lelaki perempuan dalam satu barisan saf. Terpaksalah petugas masjid menegur... menyuruh jemaah lelaki ke barisan depan. Tapi aku rasa di basement jer jadi camni...

Lepas solat subuh, aku ngan Abang bersama buat tawaf sunat. Mana mungkin kami sia2kan peluang yg begitu berharga camni....hingga saat aku menaip catatan ni, air mata mesti mengalir.. teringat kenangan aku waktu di Tanah Suci !...

......... selepas tawaf, kami terus keluar menerusi pintu Babusalam atau Bab Alsalam ...gie breakfast di restoran favourite kitorang. Ada sekumpulan jemaah,, ntahlah aku agak dari China kot...eh, lain lak rupanya.. hehe.. tengah sedap menjamu selera makan ayam golek.. Aku ngan Abang makan roti lah, apa lagi..tk pernah nya jemu.

Lepas tu, jalan2 beli buah zaitun, buah tin (ini favourite aku sekian lama).. etc.. Sedang kami melangkah, berhampiran Masjid Kucing, keadaan cam kelam kabut..rupanya sekumpulan wanita kulit hitam bertempiaran lari. Kesian, seorang tu jatuh dengan anak yg dikendong belakang terhantuk ke jalan. Dorang sangkakan ada pihak berkuasa nk tangkap,, rupanya tidak.. kesian..

..... suasana di Makkah ketika ini begitu padat dengan jemaah yg datang dari seluruh pelusuk dunia. Bermacam wajah n rupa, yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Kekadang, aku rasa macam bermimpi..

18/12/2006

Planned earlier to do tawaf sunat after breakfast, but Abang mengantuk coz dia amik ubat selsema..So terpaksa cancel tawaf, and balik hotel tuk rehat.
Aku turun nengok2 ala2 window shopping kat kedai berdekatan hotel.

Lepas tu, bersiap utk ke masjid.. awal tuk Zohor. Lepas Asar pulak, tak terus balik, tapi ke Makkah Tower - Bin Dawood, nampak sedap sungguh kurma kat situ. Cincin yg cantik2 banyak sangat. Tapi, sampai sekrang aku pelik, sebab aku langsung tak beli satu pun...Lepas jln2 kejap, terus ke masjid semula, preparing for solat maghrib. Lepas Isyak barulah balik ke hotel.

Lepas makan, aku ngan Abang turun ke lobi, kuar duit kat kaunter TH. Last sekali, gie minum n borak2 ngan sorang lelaki Yaman.

Sunday, December 28, 2008

17/12/2006 - ziarah luar n kenangan yg tk dpt dilupakan.

Pagi ni, berlakulah one most unforgetable moment in my life. Aku keluar awal dari hotel utk solat subuh. Maklum, jemaah semakin ramai, jadi kena awal ke masjid tuk mendapat tempat solat. Aku duduk sebelah kakak indonesia. Sempat lah aku membaca alQuran..etc. Azan bergema, jemaah semakin ramai masuk ke ruang solat.. susah nak cari ruang kosong tanpa manusia. Tiba2, datang sorang pompuan Afrika kukira... terus dia tungjuk sign nk solat sebelah aku.. kakak indonesia tu geleng2kan kepala, aku pulak tunjuk sign suruh dia ke tingkat atas sekali.. tapi dia tetap nk kat sebelah aku.. dok belakang skit.. masa solat sunat tu, aku sujud.. n dia sujud di atas tapak kaki aku.. selesai solat sunat.. barulah aku terfikir,, kenapalah aku ni teruk sgt.. dia pun jemaah cam aku juga !.. Aku berdoa kepada Allah, minta lapangkanlah saf, tuk pompuan tu sembahyang sama. Bila solat subuh nk bermula, terus aku tarik tangan perempuan hitam tadi.. Alhamdulillah,,lapang,, dapat kami solat dengan selesa. Selesai solat, aku pun hulurkan tangan tuk bersalam dengan dia... tiba2 terus dia memeluk aku.. dia hanya ucapkan sahabat berulang kali n menunjukkan tangan dia keatas. Aku menangis.. keadaan masa tu aku rase syahdu sangat sampai kakak Indonesia tadi pun mengalirkan air mata. ..

Lepas jer balik dr masjid, breakfast terus get ready ke bas.. nak gie ziarah luar.. Kami berempat join ngan jemaah dari KT yg dah keberapa ntah.. sebab KT 2 semuanya dh sudah ziarah luar... tak per lah tu..

Kami dapat melihat Jabal Thur... dari jauh ajer.. begitu juga Jabal Nur.

Ke Arafah, best sebab sempat ke Jabal Rahmah...alhamdulillah.. kat sini ramai juga peniaga.. dorang memang suka la ngan jemaah haji Malaysia.. biasanya orang m'sia mesti beli walaupun sikit. Dalam perjalanan ke Mina (masih lagi dlm kaw Arafah).. kami dikejutkan dengan satu kemalangan bas n bas. Kalau tk silap, bas jemaah Indonesia berlanggar dengan bas jemaah Pakistan di satu persimpangan.. ngeri.. dengan keadaan bas jemaah indonesia yg teruk .. khabarnya sorang jemaah Indon meninggal dunia.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..

Di Mina, kami dibawa melihat Jamrat yg masih belum siap sepenuhnya.. Aku paling kagum, sempat tengok Tentera Arab Saudi, tengah buat latihan..utk persiapan kemuncak haji nanti.

Lepas tu terus bas membawa kami ke kawasan Muzdalifah.

16/12/2006..tetap istimewa

Hari ini berjalan seperti biasa.. namun tetap istimewa.. Istimewa sebab aku menghabiskan hari hari yg istimewa di Makkah !!..

Menunaikan solat setiap waktu di Masjidilharam.. itulah yg paling membahagiakan.

15/12/2006.

Pagi ni aku tk buat umrah !>. Ingat balik masjid lepas subuh n breakfast,, nak tido kejap,, rasa ngantuk ! Pagi ni mak gie klinik, check .. darah tinggi dia naik. Mak kene rehat cukup2x.

Mase zohor ke masjid, aku pegi sorang jer. Aku tau, ramai orang pesan, termasuklah mak aku .. jangan kemana2 sorang diri. Tapi, entah lah, kekadang aku terpaksa pegi sorang2. Abang n bapak selalu siap lambat, padahal aku lebih suka sampai awal kat masjid. Mak pulak, bila darah tinggi ni, tak dapat la ke masjid.

Time asar lak, aku pegi ngan Kak Aeshah. Kak Aeshah ni single parent...balu kematian suami. Dia dtg wat haji ngan anak lelaki dia Sulaiman... baru jer umur 15 tahun.. (klu tk silap)// .. Biasanya aku suka letak kasut/selipar aku kat rak dlm masjid. Tapi kali nih, aku ikut kat Aeshah, letak kat rak luar. .. Tak ada rezeki,, selipar kitorang hilang..huhu..

Waktu solat maghrib, aku gie level atas, berkenalan ngan Kak NOr..

Hmmm... akhirnya, baru lah mlm ni aku daftar tuk ziarah luar. Orang lain yg sama KT semuanya dah pegi ziarah luar..

14/12/2006

Lepas subuh, keluar dari masjid melalui pintu Babus Salam. Menuju kearah Masjid Kucing.. singgah breakfast dulu kat satu kedai favourite. Banyak gak beli barang yg kecik2. Aku tengok jubah2 kat situ pun ok juga...tapi tak beli.

Lepas isyak, keluar dari Haram, mata aku liar mencari kelibat budak perempuan comel yg jual tisu tu.. tapi tak ada. Aku rasa sedih sangat, terkilan sebab tk sempat beli tisu dia.