My hajj experience..

Friday, March 27, 2009

19/12/2006

Aku sampai awal di masjid utk solat subuh.. aku terus ke basement.. sebab di ground flr tu org dah ramai sgt.. ketika solat subuh nak bermula, kelihatan seorang petugas masjid membetulkan saf.. Orangnya nampak warak sangat n bersih air mukanya. Kekadang aku tak faham dengan sikap segelintir jemaah, bercampur lelaki perempuan dalam satu barisan saf. Terpaksalah petugas masjid menegur... menyuruh jemaah lelaki ke barisan depan. Tapi aku rasa di basement jer jadi camni...

Lepas solat subuh, aku ngan Abang bersama buat tawaf sunat. Mana mungkin kami sia2kan peluang yg begitu berharga camni....hingga saat aku menaip catatan ni, air mata mesti mengalir.. teringat kenangan aku waktu di Tanah Suci !...

......... selepas tawaf, kami terus keluar menerusi pintu Babusalam atau Bab Alsalam ...gie breakfast di restoran favourite kitorang. Ada sekumpulan jemaah,, ntahlah aku agak dari China kot...eh, lain lak rupanya.. hehe.. tengah sedap menjamu selera makan ayam golek.. Aku ngan Abang makan roti lah, apa lagi..tk pernah nya jemu.

Lepas tu, jalan2 beli buah zaitun, buah tin (ini favourite aku sekian lama).. etc.. Sedang kami melangkah, berhampiran Masjid Kucing, keadaan cam kelam kabut..rupanya sekumpulan wanita kulit hitam bertempiaran lari. Kesian, seorang tu jatuh dengan anak yg dikendong belakang terhantuk ke jalan. Dorang sangkakan ada pihak berkuasa nk tangkap,, rupanya tidak.. kesian..

..... suasana di Makkah ketika ini begitu padat dengan jemaah yg datang dari seluruh pelusuk dunia. Bermacam wajah n rupa, yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Kekadang, aku rasa macam bermimpi..

18/12/2006

Planned earlier to do tawaf sunat after breakfast, but Abang mengantuk coz dia amik ubat selsema..So terpaksa cancel tawaf, and balik hotel tuk rehat.
Aku turun nengok2 ala2 window shopping kat kedai berdekatan hotel.

Lepas tu, bersiap utk ke masjid.. awal tuk Zohor. Lepas Asar pulak, tak terus balik, tapi ke Makkah Tower - Bin Dawood, nampak sedap sungguh kurma kat situ. Cincin yg cantik2 banyak sangat. Tapi, sampai sekrang aku pelik, sebab aku langsung tak beli satu pun...Lepas jln2 kejap, terus ke masjid semula, preparing for solat maghrib. Lepas Isyak barulah balik ke hotel.

Lepas makan, aku ngan Abang turun ke lobi, kuar duit kat kaunter TH. Last sekali, gie minum n borak2 ngan sorang lelaki Yaman.